Oleh Hajahfarhana Tarmudi
hajahfarhana@hmetro.com.my
APABILA memasuki usia 40-an, menjadi perkara biasa bagi wanita mengalami kerunsingan kerana memikirkan masalah menopaus atau putus haid yang akan dihadapi mereka.
Pelbagai masalah seperti pelupa, tidak fokus, lesu dan kulit menjadi kedut antara fenomena biasa yang akan dialami wanita berpunca daripada menopaus.
Bukan itu saja, separuh daripadanya akan mengalami masalah osteoporosis atau kerapuhan tulang disebabkan kehilangan atau kekurangan kalsium diperlukan selepas memasuki alam menopaus.
Satu daripada tiga wanita yang mempunyai masalah osteoporosis pula mudah mengalami keretakan tulang hanya disebabkan kecederaan ringan yang biasanya tidak boleh menyebabkannya patah.
Tulang belakang, pinggul dan pinggang adalah kawasan yang biasa mengalami keretakan yang turut berkemungkinan berlaku pada tulang rangka lain.
Disebabkan itu, golongan wanita yang memasuki alam menopaus harus mengekalkan gaya hidup sihat agar dapat memberi kesan baik pada kesihatan diri.
Mereka turut digalakkan untuk berhenti merokok, bersenam secukupnya serta mengambil diet yang sihat dengan jumlah vitamin D dan kalsium yang mencukupi.
Bagi menghilangkan kerunsingan terbabit, mereka harus mendapatkan maklumat lengkap dalam menyediakan diri dengan mengekalkan kehidupan yang aktif selain memupuk pemikiran positif bagi menghadapi fasa baru dalam hidup mereka.
Sempena Hari Menopaus Sedunia 2011, Persatuan Menopaus Malaysia akan menganjurkan program selama sehari yang akan dipenuhi dengan aktiviti bagi memberi kesedaran kepada umum khususnya wanita mengenai isu kesihatan.
Ia dijangka akan dipenuhi dengan aktiviti seperti ceramah, perkongsian masalah
dan pameran bagi menangani perkara penting mengenai menopaus dalam memberi pendedahan meluas kepada wanita.
Program akan dibuka kepada pelbagai lapisan masyarakat yang berminat di semua peringkat umur bagi mengetahui lebih lanjut mengenai langkah pencegahan bagi menghadapi alam menopaus.
Untuk maklumat lanjut dan mendaftarkan diri, boleh hantarkan e-mel kepada wmd@setiakombinasi.com atau hubungi 03-7770 3703 (Cik Anita/Cik Sharen).
Sumber Dari Berita Harian 25.07.2011 ( isnin )

Tiada ulasan:
Catat Ulasan