Syarikat

SYARIKAT KAMI


Hovid Marketing Sdn. Bhd. merupakan sebuah subsidiari milik penuh Hovid Bhd. Ia memasarkan produk kesihatan dan kesejahteraan menerusi saluran perniagaan pemasaran berangkaian.
Bahagian farmaseutikal Kumpulan Hovid mengilang dan memasarkan lebih daripada 300 jenis ubat beretika serta suplemen kesihatan dan diet. Kategori produk Hovid dibahagikan kepada farmaseutikal etika, suplemen diet, suntikan dan produk pengguna.
Barisan produk dan aktiviti utama Kumpulan Hovid termasuk:
· sistem penyampaian ubat khas, seperti perumusan pembebasan yang telah diubahsuai dan perumusan bio-ketersediaan yang telah ditambah nilainya;
· produk etika, termasuk analgesik antibiotik, antidiabetik, antihipertensi, antimalaria and antiinflamasi;
· suplemen diet yang ditambah nilainya;
· produk pengguna, dan
ekstraksi kompleks tokotrienol sawit, kompleks karotenoid campuran dan fitosterol daripada buah kelapa sawit.
Kemudahan pengeluaran Hovid dan segala amalan berkaitan dengan produk farmaseutikalnya menurut piawaian-piawaian PIC/S' GMP dan Amalan Baik Makmal.
Kekuatan Hovid terletak pada pasaran eksportnya yang meliputi lebih daripada 30 negara di serata dunia. Hovid juga berbangga kerana ia merupakan syarikat yang pertama memperkenalkan ubat generik Malaysia di luar negara, khasnya di Filipina dan Kemboja. Ia telah berjaya mendaftarkan 500 produk di 26 negara di seluruh dunia.
Carotech, sebuah subsidiari Hovid, mengeluarkan dan memasarkan produk-produk kompleks tokotrienol spektrum penuh, kompleks karotena campuran, dan fitosterol. Carotech mengeksport ke 27 negara di serata dunia. Carotech Inc, subsidiari milik penuhnya di New Jersey, Amerika Syarikat, bertanggungjawab untuk pemasaran dan pengedaran produk Carotech di Amerika Syarikat. Amerika Syarikat mewakili pasaran terbesar untuk produk Carotech, iaitu 52% daripada jumlah eksport Carotech.

WARISAN KAMI

Pada tahun 1940, seorang siswazah yang giat berusaha dan baru sahaja pulang daripada Canton Wah Lam National Physicians School di China, telah mendapat satu idea untuk memperkenalkan konsep minuman teh herba untuk kesihatan di kalangan kaum Cina di Malaya.


Dr. Ho Kai Cheong, pengasas Teh Herba Ho Yan Hor®, telah menggabungkan 24 jenis herba daun teh dan memperkenalkannya sebagai minuman teh herba yang "sejuk" dan menyegarkan. Apa yang telah bermula sebagai sebuah gerai teh yang kecil pada suatu ketika dahulu kemudiannya berubah menjadi sebuah kilang teh herba untuk jenama teh herba terkenal di Malaysia - Ho Yan Hor ®.
Pada tahun 1980an, seiring dengan kejayaan bapa beliau, Encik David Ho, seorang ahli farmasi terlatih, telah membawa Ho Yan Hor ke tahap yang baru di dalam kecemerlangan industri dengan menjadikannya sebuah organisasi farmaseutikal. Berbekalkan kepakaran dalam bidang farmasi dan semangat keusahawanan semula jadi, Encik David Ho sebagai Pengarah Urusannya, telah menerajui transformasi syarikat yang menakjubkan dengan mengambil bahagian di dalam pendekatan perubatan utama.
Sejak daripada itu, Hovid, (seperti ia dikenali sekarang) telah berkembang menjadi salah satu daripada pengeluar farmaseutikal terulung di Malaysia, yang berkualiti tinggi dan mempunyai penyediaan perubatan dan suplemen kesihatan yang berinovasi.
Hari ini, nama "Hovid" bererti amanah, innovasi dan kualiti, bukan hanya di kalangan komuniti perubatan dan penjagaan kesihatan di Malaysia tetapi di lebih daripada 30 negara di seluruh dunia. Reputasi syarikat untuk kemajuan perintis dan teknologi telah menghasilkan banyak keulungan, termasuk :
· PERTAMA UNTUK MEMBUNGKUS TEH HERBA DALAM BENTUK UNCANG TEH KERING DAN MUDAH UNTUK DIGUNAKAN.
· KILANG PENGKAPSULAN GELATIN LEMBUT PERTAMA DI MALAYSIA DENGAN STATUS PERINTIS DARIPADA KEMENTERIAN PERDAGANGAN DAN INDUSTRI ANTARABANGSA.
· PERTAMA DI MALAYSIA UNTUK MENGHASILKAN ANALGESIK SALUT FILEM
· PERTAMA DI MALAYSIA UNTUK MENGHASILKAN AMBITAB DALAM BENTUK TABLET MUDAH LARUT.
PERTAMA DI MALAYSIA DAN DUNIA UNTUK MEHGHASILKAN PROSES DAN PERALATAN UNTUK MENGEKSTRAK KAROTENA DAN VITAMIN E DARIPADA MINYAK KELAPA SAWIT.
Hovid juga berbangga kerana menjadi satu-satunya syarikat farmaseutikal Malaysia yang mendapat kelulusan untuk menjadi pembekal terdaftar bagi United Nations Children's Fund (UNICEF) dan Relief and Works Agency for Palestine Refugees (UNRWA).

PROFIL PENGURUSAN KAMI

 Encik David Ho merupakan seorang ahli farmasi terlatih. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda Farmasi daripada University of Otago pada tahun 1974. Beliau kemudian memperolehi Ijazah Sarjana Farmasi daripada universiti yang sama pada tahun 1976. Beliau telah mendaftarkan diri sebagai seorang ahli farmasi dengan Pharmaceutical Society of New Zealand pada tahun 1974, dan menjadi seorang ahli kimia farmaseutikal dengan Pharmaceutical Society of Great Britain pada tahun 1977. Beliau mendaftarkan diri sebagai seorang ahli farmasi dengan Lembaga Farmasi Malaysia pada tahun 1980.
Selain daripada itu, beliau juga telah menamatkan Program Pengurusan Aplikasi Antarabangsa yang telah dianjurkan oleh Swedish Institute of Management pada tahun 1990 dan Seminar Pengurusan Tertinggi Antarabangsa dalam bidang Kepimpinan Berkualiti yang telah dianjurkan oleh ISO Swedish Management Group pada tahun 1996.
Encik Ho merupakan seorang yang yakin terhadap inovasi. Ketika bekerja di Wyeth Laboratories Ltd sebagai seorang penyelidik farmasi, beliau telah menemui cara baru untuk menghasilkan tablet cepat larut. Beliau juga membantu Wyeth mempatenkan penghasilan tablet cepat larut yang pertama. Ini adalah untuk kegunaan kanak-kanak, warga tua dan pesakit jiwa yang mempunyai masalah untuk menelan.
Pada tahun 1980, beliau telah kembali ke Malaysia untuk mengambil alih perniagaan keluarga yang menjual teh herba. Beliau telah mengasaskan dan memperbadankan Hovid. Di bawah kepimpinan beliau yang berwawasan, syarikat ini telah melalui transformasi yang menakjubkan daripada syarikat herba kepada sebuah syarikat biotek yang tersenarai di Bursa Malaysia pada hari ini.
Dalam tahun 2004, beliau telah dicalonkan sebagai salah satu daripada 6 calon teratas untuk kategori Master Entrepreneur of the Year untuk Ernst & Young Malaysian Entrepreneur Of The Year Award .
Dengan dua kisah kejayaan keusahawanan Malaysia iaitu Hovid dan Carotech, Encik Ho percaya bahawa yang terbaik masih belum lagi tercapai!


KEMUDAHAN KELAS DUNIA KAMI

Hovid mempunyai kilang yang moden dan menepati piawaian PIC/S. Kami merupakan syarikat pertama di Malaysia yang mempunyai loji pengkapsulan gelatin lembut yang moden dan telah mendapat pengesahan GMP untuk pengkapsulan barisan suplemen kesihatan dan farmaseutikalnya yang luas dan terhasil secara dalaman. Audit dalaman dan luaran sentiasa dijalankan bagi mempastikan bahawa segala amalan pengeluaran menepati keperluan dan syarat-syarat GMP pada setiap masa.
Hovid juga menggunakan cogan kata " Kualiti Menerusi Budaya Cekap " dengan mengamalkan Sistem Pengeluaran Padu, juga dikenali sebagai Sistem Pengeluaran Toyota (TPS). Sistem Pengeluaran Padu menghasilkan cara kerja yang optimum di sepanjang sistem tersebut menerusi penghapusan pembaziran, agar KUALITI terbina di dalam proses pengeluaran untuk mempastikan kepuasan pelanggan sepenuhnya tercapai.



KEKUATAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN 
(R&D ) KAMI


Satu daripada kekuatan utama Hovid terletak pada kemampuan penyelidikan dan pembangunannya. Ini boleh dilihat daripada dua divisyen R&Dnya yang terletak di dua lokasi berasingan. Divisyennya di Universiti Sains Malaysia memfokuskan usaha ke arah kajian pra-perumusan dan kemujaraban, ciri-ciri ubat, serta sistem khas penghantaran ubat. Manakala, divisyen yang terletak di kilang pengeluarannya di Ipoh, Perak Darul Ridzuan, Malaysia, memberi tumpuan kepada bagaimana untuk meningkatkan lagi proses-proses pengeluaran, serta memperbaiki lagi perumusan produk-produk tersedia ada, dan menghasilkan produk-produk baru.
Hovid Bhd merupakan syarikat pertama dalam industri farmaseutikal di Malaysia yang diberi akreditasi bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) pada tahun 1995.
Akreditasi ini membuktikan bahawa makmal Hovid Bhd memenuhi syarat-syarat MS ISO/IEC 17025, di mana ia mempunyai keupayaan ujian yang tinggi dan sistem kawalan mutu yang teguh bagi memastikan produk-produk yang dikeluarkan adalah bermutu tinggi dan selamat




Anugerah yang telah dikurniakan kepada Hovid Bhd kerana berjaya menghasilkan AGELESS™

- Anugerah dari MITI (Minitry of International Trade and Industry) pada tahun 2004, Anugerah Khas untuk produk cemerlang (Produk Inovatif). Sila rujuk sini 
- Ageless adalah keluaran Malaysia dan diiktiraf Halal oleh JAKIM
Sila rujuk sini 
- Mendapat anugerah Praktik Pengeluaran Baik (GMP - Good Manufacturing Practice). 
Sila rujuk sini
- Ageless mendapat kelulusan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan pendaftaran bernombor MAL05061561XC
Sila rujuk sini 
- Selain dari itu, Ageless di PATENKAN di Amerika Syarikat dengan no paten 6,596,306 B1
Sila rujuk sini 
- Lesen syarikat jualan langsung dr KPDNKK
Sila rujuk sini